Monday 16 June 2014

Kekeliruan identiti: LEMBU FIKIR DIRINYA ANJING!

Milkshake, seekor lembu tetapi bukan lembu yang biasa. Itu disebabkan dia menganggap dirinya anjing.

4 tahun lepas Milkshake telah diselamatkan oleh the Grace Foundatian, organisasi penyelamat California dari tuan yang suka mendera.

Disebabkan dia tidak pernah berjumpa atau bergaul dengan lembu-lembu lain sebelum diselamatkan, dia mengalami sedikit kekeliruan identiti.

“Dia banyak bergaul dengan anjing-anjing, jadi saya rasa dia juga menganggap dirinya sebagai anjing,” beritahu DeCaprio kepada CBS.

Milkshake juga sangat rapat dengan DeCaprio, dan sentiasa mengekorinya ke mana saja atau cuba untuk masuk ke dalam kereta tuannya itu bersama dengan kawan-kawan anjingnya.

“Masa mula-mula tiba di ladang, dia tidak tahu pun apa itu rumput. Milkshake masih belum pasti bahawa dirinya ialah lembu dan tidak minat meragut rumput seperti spesisnya yang lain.” DeCaprio memberitahu The Express.

Sebaliknya, dia lebih selesa makan di dalam mangkuk.

Lembu yang mengalami kekeliruan identity ini telah mencuri mata ramai pihak di dunia. Ramai yang suka dia begitu kerana comel apabila dia berkelakuan seperti anjing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog