Tuesday 17 June 2014

Cuba selamatkan kucing yang tersekat di pokok, tapi diri sendiri yang kena diselamatkan

ERIE, Pa (AP) - Pihak berkuasa di barat laut Pennsylvania mengatakan seorang wanita yang cuba untuk menyelamatkan kucing dari pokok berakhir dengan drinya sendiri diselamatkan. 
Anggota bomba di Erie mengatakan mereka membawa tangga 28 kaki untuk membantu Tara Dennis turun dari phon pokok itu pada hari Ahad. 

Penduduk memberitahu Times-News bahawa mereka ada mendengar kucing mengiau sejak beberapa hari yang lepas. Namun mereka tidak jelas siapa yang memiliki kucing itu. 

Dennis berkata, dia tidak boleh duduk diam dan berbuat apa-apa. Jadi, dia memanjat pagar, lompat ke atas bumbung dan memanjat ke ranting pokok. Dia mencapai haiwan itu dan kemudian memasukkannya ke dalam bajunya.
Namun, remaja yang berusia 21 tahun itu tersekat ketika dia cuba untuk turun. Jiran yang melihat perkara itu memanggil 911. 
Timbalan Ketua Bomba Jeff Carroll berkata anggota bomba menyelamatkan kucing itu dahulu kemudian membantu Dennis. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog