Walau bagaimanapun, penderaan tersebut berakhir apabila remaja itu menghantar pesanan kepada ibunya di Florida, Amerika Syarikat, melalui satu muat naik aplikasi.
Dalam mesej tersebut, remaja malang itu memaklumkan dia telah dikurung dan didera di rumah bapanya di daerah Clayton, Georgia.
Ibunya lantas menghubungi talian kecemasan sebelum sepasukan polis ke kediaman berkenaan dan menemui mangsa tersembunyi di ruangan sempit itu yang terletak di dalam garaj.
Detik-detik pertemuan anak beranak ini sangat menghibakan hati kerana remaja berkenaan enggan melepaskan pelukan, mungkin kerana terlalu rindu akan ibunya.
Menurut anggota polis yang menyerbu kediaman tersebut, Joanne Southerland, mangsa tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa setelah ditemui.
Lima individu yang tinggal di situ termasuk bapa dan ibu tiri mangsa kemudiannya ditahan atas dakwaan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.
Mengimbas kembali kejadian, ibu mangsa telah membuat laporan kehilangan mangsa pada pihak kebajikan pada 2010, namun tidak kepada polis kerana dia merupakan pendatang asing.
mynewshub.my
No comments:
Post a Comment