Monday, 1 December 2014

Penyanyi Rapper Korea Cetus Kontroversi Apabila Menggunakan Azan Dalam Lagunya


Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi apabila dia meremixkan salah seuah lagunya yang bertajuk Act Serius dengan laungan azan. Lagu tersebut telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.

Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengari pada bahagian awal lagu berkenaan dan apa yang lebih teruk daripada itu, apabila laungan azan itu juga turut digubah mengikut kehendak rapper berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.

Selain daripada itu produser kepada rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitter rasmi Loco. 


Tulisnya di laman Twitter:
Saya menulis permohonan maaf ini untuk meminta maaf mengenai muzik yang mana diumumkan pada hari ini 28 Nov sebagai menggunakan panggilan suci agama islam iaitu 'Azan'. Saya tidak perasan bahawa ia berkaitan dengan agama Islam. Saya tidak bermaksud untuk menghina atau memperkecilkan agama Islam, tetapi saya perlu mempertimbangkan sama ada ia boleh digunakan atau tidak sebagai seorang produser. Saya minta maaf dengan sepenuh hati saya di mana saya telah membuat silap besar kepada semua orang yang percaya pada Islam dan tidak sedar akan masalah itu. Dan saya mahu semua tahu bahawa Loco tidak tahu menahu juga dengan sampel yang digunakan jadi saya mahu meminta maaf kepada Loco juga. Saya tidak akan pernah membuat lagi kesilapan ini dan berjanji tidak akan membuatnya lagi.

Inilah muzik video yang mencetuskan kontroversi apabila mengandungi laungan azan yang diubah sebelum dibuang oleh produsernya:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog