Wednesday, 3 December 2014

Sadis.. Mayat Pasangan Bakal Pengantin Ditemui Sedang Berpelukan

Sesungguhnya kita mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya.
Tragis dan amat memilukan mengenang kisah pasangan bakal suami isteri ini yang ditemui mati berpelukan bersama dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar pagi tadi.
Lebih menyedihkan, pasangan ini dikatakan sedang menunggu majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung bulan depan.
Kematian pasangan ini dipercayai berpunca selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan kedua-duanya lemas.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.
“Kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.” kata Nor Azmi.
Nor Azmi memberitahu, pasangan ini dikenali sebagai Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.
Sebelum insiden ini, keluarga Mohammad Azizul telah pun membuat laporan polis melaporkan kehilangan anaknya kira-kira pukul 9.30 malam tadi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog