Friday, 5 December 2014

Kru Pesawat MH2 Bertindak Professional Kawal Penumpang Ganas

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London kerana berjaya mengatasi masalah dan bahaya yang dilakukan oleh seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika di dalam pesawat semalam.


Lebih bermakna, pesawat itu membawa Datuk Bandar London Boris Johnson yang dalam penerbangan pulang dari Kuala Lumpur selepas tamat lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan-akan tidak waras sebelum anak-anak kapal MAS menghalang perbuatannya.
“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan kru kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.
Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama penumpang itu tetapi dia berusia 43 tahun dan berasal dari Britain.
Suspek yang bertindak ganas ketika dalam penerbangan itu ditahan sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.
Seorang rakan kongsi syarikat pelaburan terkenal di London, Passion Capital Eileen Burbidge memuji anak kapal kru pesawat MH2 yang bertindak pantas menyelamatkan keadaan.
TweetMH2
“Kagum dengan kru kabin pesawat MH2 dari Kuala Lumpur ke London, tahap profesionalisme yang tinggi menguruskan seorang penumpang yang bertindak ganas,” katanya di Twitter. 
Johnson sebelum itu berada di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk lawatan kerja bertemu rakan sejawatannya di Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog