Hong Kong: Penyelidikan yang dijalankan oleh sejarawan dan novelis Itali yang berpusat di sini, Angelo Paratico, menyebut bahawa ibu Leonardo Da Vinci yang menjadi subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ mungkin hamba dari China.
Hasil kajian Paratico selama dua tahun itu menjadi asas untuk buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Kehilangan Cendekiawan China dalam Zaman Pembaharuan Itali).
Daily Mail melaporkan, dalam buku yang akan diterbitkan tahun depan itu, Paratico akan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.
Dia yang menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong yakin pelukis itu berasal dari Asia.
“Saya yakin ibu Leonardo berasal dari Timur.
“Tetapi untuk memastikan dia berasal dari China, kita perlu menggunakan kaedah deduktif,” katanya.
Paratico juga menekankan beberapa faktor lain yang menunjukkan Da Vinci berketurunan Cina.
“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.
“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico. - AFP
HarianMetro
No comments:
Post a Comment