Friday, 27 June 2014

Farid Kamil minta maaf bagi pihak Diana Danielle

Apabila Diana Danielle melahirkan rasa cemburu melihat Nora Danish berpegangan tangan dengan suaminya, Farid Kamil, banyak pihak yang mengkritik dan melahirkan rasa hairan. Mana tidaknya, selaku seorang pelakon, Diana pasti tahu kehendak dan asam garam dunia hiburan. Namun tidak boleh dinafikan sebagai seorang wanita amnya dan isteri khususnya, sesiapa pun akan cemburu jika suami dipegang oleh wanita lain.
Apa pun, luahan perasaan Diana Danielle itu telah pun dipadamkan daripada akaun Instagramnya. Farid Kamil selaku suami yang bertanggungjawab telah meminta orang ramai memaafkan isterinya itu. Kata Farid Kamil menerusi MalaysianDigest:-
Saya berharap perkara tersebut dapat dimaafkan. Maafkanlah dia dengan tindakannya yang melampirkan status sebegitu rupa. Sebenarnya itu adalah isu biasa.
Saya maafkan dia. Saya rasa setiap wanita perlu ada sikit rasa cemburu tapi hal ini tidak menjadi masalah besar.
Selama 11 tahun saya dalam industri dan itu sebahagian daripada tugasan saya sebagai pelakon. Isu ini tidak menjejaskan nama baik saya sebagai pelakon pada masa akan datang.
Kami boleh dikatakan masih baru lagi dalam alam perkahwinan. Jadi hal sebegini merupakan satu lagi perkara baru dalam hidup kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog