Monday, 23 June 2014

Ibu menyepak anak perempuan yang sedang merajuk di Jepun

Seorang ibu  dari Jepun yang kejam  telah bertindak menendang anaknya di kepala untuk menghentikan kanak-kanak itu dari menunjukkan perangai mrah.

Di dalam kesibukan di stesen keretapi Shibuya di Tokyo, terdapat klip pendek yang menunjukkan wanita yang tidak dikenali cuba untuk membawa anak permpuannya yang sedang menangis dengan tergesa-gesa.

Tetapi apabila kanak-kanak perempuan itu enggan bekerjasama, wanita tersebut berpusing kepadanya dan  melakukan sepakan ke sisi kepalanya kanak-kanak itu

Gadis kecil itu cuba untuk mengelak dengan menunduk ke bawah semasa ibunya menyepak, tetapi tidak dapat melarikan diri dan terkena di sisi mukanya.

Selepas itu, ibu kanak-kanak itu hanya membiarkan sahaja anaknya terbaring di atas lantai stesen itu.

Orang ramai yang melihat gambar-gambar itu menggelarkan kelakuan wanita terhadap anaknya itu ialah penderaan kanak-kanak.

Menurut video dalam talian, orang yang mengambil rakaman itu menjerit bahawa dia telah memfilemkan kejadian itu dan telah melaporkan wanita itu kepada polis.

Selepas mendengar lelaki itu menjerit ibu memandang ke atas, memungut anak perempuannya, dan berlalu dengan cepat.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog