Sunday 22 June 2014

Diana Danielle cemburu Nora Danish pegang tangan Farid Kamil

Agak pelik juga apabila Diana Danielle yang telah lama berkecimpung dalam industri hiburan secara tiba-tiba melahirkan rasa cemburu sebegini. Untuk makluman, filem lakonan Nora Danish dan Farid Kamil iaitu Pengantin Malam kini sedang ditayangkan di pawagam dan sebagai cara promosi, Nora telah berkongsi gambarnya memegang tangan Farid Kamil baru-baru ini. Susulan itu, Diana Danielle meluahkan rasa cemburunya.
diana danielle cemburu
Hati seorang isteri seperti Diana Danielle yang pastinya cemburu melihat kemesraan suami dengan wanita lain. Lebih-lebih lagi jika wanita itu ialah Nora Danish. Menariknya luahan hati Diana Danielle ini mendapat hentaman daripada kebanyakan peminat. Ramai yang kecewa kerana Diana Danielle tidak profesional. Malah ada yang membandingkan dengan pasangan pelakon suami isteri lain yang tidak pernah bersikap sebegini.
diana danielle cemburu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog