Monday, 23 June 2014

Hanez Suraya sudah putuskan hubungan dengan Romie

Dalam kenyataan Hanez Suraya di Metro Ahad, Hanez memaklumkan yang dia sudah mengambil keputusan untuk mengorbankan hubungannya dengan Romie. Ini bermakna, Hanez dan Romie bukan lagi pasangan kekasih. Mereka sudah tidak ada apa-apa lagi.

 Hanez Suraya memaklumkan yang pengorbanan ini dilakukan agar rumah tangga Romie dan Liyana boleh diselamatkan dan mereka berdua kembali seperti biasa. Kata Hanez:-
Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.
Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.
Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.
Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.
Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog