Wednesday, 25 June 2014

Perogol rasuah bapa gadis 12 tahun dipenjara sekali lagi

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara tiga hari terhadap seorang pengurus restoran yang merogol kanak-kanak berusia 12 tahun selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa mangsa agar menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas Riduan Masmud, (gambar), 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Riduan mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas selepas kejadian rogol itu.
Pada 3 Februari lalu, Riduan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd. Samad selepas dia didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini.
Kejadian tersebut didakwa berlaku antara pukul 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Februari tahun lepas.
Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkan dia mengahwini kanak-kanak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa menarik balik laporan rogol terhadapnya.
Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan kanak-kanak perempuan itu.
Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabitan kes rogol itu. - Bernama.
sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog