Tuesday 27 January 2015

Wartawan Melodi Dakwa Dicekik Dan Ditolak Mas Idayu! Apa Cerr!



FUH agak ‘panas’ juga status yang dimuatnaik oleh wartawan hiburan Melodi TV3 merangkap hos belakang pentas program Mentor Legend, Zuan Azmi di akaun Twitternya.

Mungkinkah ia ada kaitan dengan soalan ditanyakan wartawan itu kepada penyanyi yang juga mentor kepada protege Tuah iaitu Mas Idayu?

Wartawan Melodi dan hos belakang pentas konsert Mentor Legend, Zuan Azmi.

Untuk makluman, konsert Mentor Legend yang berlangsung semalam merupakan konsert penentuan untuk memilih peserta Kumpulan A yang layak ke peringkat separuh akhir.

Malangnya, Mas Idayu dan Tuah telah tersingkir sekaligus menyaksikan Amy Search dan protegenya, Sarah serta Ajai dan protegenya, Fahmie terus melangkah untuk beraksi pada minggu hadapan.

Mas Idayu bersama protegenya, Tuah tersingkir dalam konsert penentuan ke separuh akhir, pada Ahad.

Menerusi portal Rotikaya, Zuan dilaporkan memberitahu penyanyi itu juga pernah mencekik dan menyerangnya ketika sesi raptai sebelum ini.
“Sebab dia perempuan.. kalau dia lelaki memang saya sudah lawan balik sebab saya diajar untuk hormat perempuan. Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap profesional apabila dikenakan soalan panas,” katanya.

Garang jugak eh Mas Idayu ni..

sumber:mynewshub,my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog