Thursday 29 January 2015

KASIHAN.. Golongan Albino Diseksa Dan Diburu Seperti Haiwan diTanzania


Golongan albino di Tanzania, menjadi mangsa pemburuan sama seperti haiwan, malah adakalanya tangan atau kaki mereka dipotong kerana bomoh berpendapat bahagian tubuh mereka sangat mujarab dijadikan bahan jampi atau tangkal.


Pendo Sengerema, 15, bergambar bersama aktivis kemanusiaan, Vicky Ntetema selepas dia menjadi satu daripada tiga individu yang diserang dalam tempoh 11 hari pada Ogos tahun lalu di Tanzania.

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa yang mempunyai anak albino juga sanggup menjual anak mereka pada harga AS$75,000 (RM270,696), dalam urus niaga yang dipercayai didalangi individu paling berpengaruh di negara itu.

Kepercayaan itu membuatkan ada antara pihak sanggup membayar sebanyak AS$4,000 (RM14,433) sehingga AS$75,000 (RM70,622) untuk membeli anggota badan individu albino.

Malah, golongan itu kini kerap menjadi mangsa serangan oleh penjenayah yang akan memotong anggota badan mereka, satu tindakan yang mengakibatkan sama ada mereka cacat kekal ataupun mati.

Sehingga kini, sebanyak 74 kes pembunuhan melibatkan golongan albino direkodkan, sementara 59 daripadanya selamat.

Tidak terhenti di situ, kubur golongan itu juga pernah dibongkar oleh sindiket yang mengambil tubuh badan individu albino untuk dijual.

Keadaan itu juga dijangka semakin memburuk menjelang pilihan raya umum Tanzania pada bulan Oktober tahun ini apabila golongan kaya dikatakan akan berjumpa bomoh untuk mendapatkan tangkal atau jampi mujarab bagi memenagi pilihan raya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog