Friday 30 January 2015

Lukisan Agong Dan Perdana Menteri Dilukis Menghadap Ke Belakang Di Pameran Lukisan Di Singapura!


TAK serik-serik! Walaupun ada individu telah ditangkap kerana menghina Sultan Melayu namun kes demikian masih berlaku.

Terbaharu, sebuah pameran lukisan yang berlangsung di Singapura bulan lalu menyaksikan pelukis Malaysia, Vincent Leong mempamerkan potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dilukis dari posisi belakang.


Bukan itu sahaja, lukisan kelihatan seakan-akan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun dilukis juga dari sudut belakang turut dipertontonkan kepada awam.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, lukisan yang diberi tajuk Kenapamu Malaysia itu bukan sahaja menghina institusi beraja tetapi juga menjatuhkan Islam sebagai agama rasmi negara.


“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa Raja boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang Di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?

“Institusi diraja akan menjadi tidak beerti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan Raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapaknya ialah institusi diraja,”
ujar Mohd Hazizi kepada akhbar Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, menurut Hazizi lagi, pelukis seolah-olah ingin membuat provokasi apabila menukar slogan Keranamu Malaysia kepada ‘Kenapamu Malaysia’ bagi mempersoalkan keperluan wujudnya sistem beraja.

“Memang benar setiap individu mempunyai persepsi atau penilaian berbeza terhadap sesuatu hasil seni. Namun, kenapa pelukis memilih Raja sedangkan terdapat banyak objek lain boleh dilukis?” soalnya.

Berani buat, berani tanggung! Pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasat tujuan sebenar si pelukis menghasilkan lukisan tersebut dan andai terbukti ia mampu menggugat keharmonian negara dan boleh mencetus ketidaktenteraman awam maka tindakan harus diambil.

Ya, lukisan itu memanglah subjektif dan interpretasinya bergantung pada si pemerhati tapi kalau sudah terang lagi bersuluh subjeknya adalah Agong, memang dah tak jadi subjektif tetapi bermotif! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog