Tuesday 27 January 2015

"Sebelum Nak Suruh Orang Bertaubat, Elok Awie Muhasabah Diri Sendiri Dahulu,"- Rozana Misbun


Perbalahan antara Awie dan isterinya, Rozana Misbun seolah-olah tiada penghujung. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini mahkamah telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. Namun apabila Rozana ingin bertemu anak-anaknya, pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh Awie untuk menghalang pertemuan daripada berlaku.

Awie menerusi Sinar Harian semalam mengakui tindakan yang diambilnya adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anaknya serta mahu memberi pengajaran kepada Rozana. Menariknya, Awie turut sama meminta Rozana memulangkan sejumlah wang yang pernah diamanahkan kepadanya. Kata Awie:-

Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya. Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan.

Namun Rozana hari ini menerusi satu temubual panjang lebar bersama portal Murai telah mempersoalkan tindakan Awie yang sengaja mencederakan emosi anak-anak mereka kerana memisahkan dengan ibu. Kata Rozana:-

Kalau Awie benar-benar ikhlas memikirkan kebajikan anak-anaknya, dia tidak akan tergamak mengenakan injunksi yang menghalang saya dari mendekati anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian dari seorang ibu.

Awie sendiri yang sebenarnya menyebabkan emosi dan mental anak-anak saya terganggu dengan ‘perpisahan mengejut’ selama 7 bulan dari ibu mereka ini yang tidak pernah berenggang dari mereka sejak kelahiran mereka ke dunia.

Kalau betul pun dia nak ‘mengajar’ saya, banyak lagi cara lain yang tidak memudaratkan emosi, mental dan fizikal saya sebagai seorang wanita yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Kalau dia berniat untuk membuat saya terseksa akibat terpisah dari anak-anak, ketahuilah bahawa anak-anak sebenarnya yang lebih menderita.


Apabila diminta mengulas saranan Awie yang mahukan dirinya bertaubat, Rozana telah memulangkan paku buah keras. Pedih kalau Awie baca nie. Kata Rozana:-


Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat.Tapi sebelum nak suruh orang lain bertaubat, eloklah Awie bermuhasabah dirinya dulu. Janganlah asyik mendabik dada dengan rezeki yang melimpah ruah sebab mungkin itu ‘Istidraj’ dari Allah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog