Tuesday 25 November 2014

LAMMILY: Ala-ala Barbie Tapi Lebih 'Normal' Dan 'Sihat'



Patung Barbie sememangnya mengungguli carta antara permainan terkenal dunia. Kegilaan terhadap patung ini membuatkan ia seolah-olah satu koleksi wajib khususnya kanak-kanak perempuan.


Dalam kegilaan terhadap permainan ini, ia bagaimanapun dikaitkan dengan kesan negatif kepada pemikiran kanak-kanak bahawa bentuk badan dan wajah seperti penampilan patung Barbie adalah ukuran kesempurnaan dan kecantikan seorang perempuan.

Jika difikir-fikirkan memang ada benarnya kebimbangan ini, kerana nisbah tubuh patung Barbie tidak boleh dikecapi manusia normal.

Dikhuatiri, inilah juga punca mengapa sesetengah kanak-kanak perempuan mengalami masalah bulemia dan anoreksia di Amerika Syarikat apabila menganggap mereka belum btul-betul kurus walau selepas menyukat makanan.

Sebagai penyelesaian, kini muncul patung baru ala Barbie namun versi ‘sihat’ dinamakan, patung Lammily.
Kiri ialah bentuk tubuh Barbie manakala kanan patung Lammily


Patung ini mempunyai bentuk tubuh dengan nisbah yang boleh dicapai manusia normal dan lebih unik, pelekat tambahan edisi ‘masalah tubuh’ turut dijual untuk patung tersebut seperti pelekat jeragat, stretch marks dan bermacam lagi.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog