Thursday 27 November 2014

Kanak-kanak 3 Tahun Tertembak Ibu Sendiri Di Kepala


Oklahoma – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya secara tidak sengaja menyebabkan wanita itu, Christa Engles, 26, meninggal dunia selepas sejam kejadian menyedihkan itu berlaku.

Ketika kejadian, Engles sedang menukar lampin pakai buang anak perempuannya yang berusia setahun.

Pada masa sama, kanak-kanak lelaki berkenaan menemui sepucuk pistol di bawah kerusi, lalu melepaskan tembakan ke arah ibunya dan terkena kepalanya.

Bapanya, Brian Engles dan neneknya tiada di rumah itu ketika kejadian.

Menurut polis, terdapat beberapa pucuk senjata api di rumah tersebut, namun malangnya kanak-kanak tersebut menemui pistol yang berisi senjata.

Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’kata jurucakap polis.

Dalam pada itu, Brian, yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui isterinya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, ketika dia berada di luar daerah.

Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ demikian tulisnya dalam Facebook miliknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog