Friday 28 November 2014

Yaasin Ambil Gambar Dengan Anjing, Harap Tiada Kontroversi

Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama betul tak mendengar khabar penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Mimpi Laila itu.
Baru-baru ini, nama Yaasin tiba-tiba muncul di laman blog hiburan gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya terdapat subjek sensitif iaitu anjing.
Dalam gambar tersebut, Yaasin sedang ber’wefie’ dengan pengarah Nasi Lemak 2.0, Name Wee yang memegang seekor anjing.
Jika diimbas kembali, mana-mana artis yang pernah memuat naik gambar bersama haiwan tersebut pasti akan menerima seribu satu kecaman daripada masyarakat, antaranya Adira, Nanu Baharudin dan Syarifah Sofea.
Namun, menerusi ruangan ‘caption’ pada gambar tersebut, Yaasin awal-awal lagi menyatakan bahawa dia berharap gambar tersebut tidak menimbulkan kontroversi kerana dia tak menyentuh langsung anjing berkenaan.
“I hope this photo won’t get me into trouble lah kan with @name_wee with Bibi @nameweephoto & Bibi @nameweephoto,” tulisnya.
Kalau ditelek-telek gambar tersebut, memang Yaasin tak menyentuh pun anjing itu. Maka tak payah lah ada pihak yang sengaja nak cetus isu ya! – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog