Thursday 3 July 2014

Emma nafi dirinya punca masalah Zizan

Ada-ada sahaja kontroversi yang menimpa pasangan selebriti yang terkenal ini. Baru-baru ini terdapat persengketaan antara Zizan Razak dengan Maarina Juki berkenaan permbekuan akaun syarikat milik Zizan. Tiba-tiba pula nama Emma naik dan dituduh punca populariti Zizan turun. Kesian  orang yang tiada kena mengena pun kena tempias.
Namun Emma dengan panjang lebarnya  menjelaskan bahawa dirinya tak ada kaitan langsung dengan persengketaan yang sedang berlaku antara Zizan Razak dan Marina Juki. Terang Emma Maembong:-
Sepanjang mengenali Zizan, saya tidak pernah ambil tahu berapa bayaran beliau peroleh. Saya juga tak ambil tahu jumlah wang dalam akaun syarikatnya. Sebagai majikan, Zizan mungkin tahu tangga bayaran saya, tetapi saya memang tidak ambil tahu soal aliran keluar masuk duit syarikat.
Zizan kekasih saya, tetapi tidak bermakna saya perlu memantau atau menjaga setiap inci perkara membabitkan dirinya. Jika ada yang menuduh saya adalah dalang kepada masalah syarikat Zizan, itu terpulang kepada hak masing-masing.
Saya ingin tahu, apa salah saya sehingga diheret dalam persengketaan mereka? Bernaung di bawah syarikat sama, tidak bermakna saya suka menyibuk atau menjaga tepi kain orang.
Saya mengaku pernah tidak bertegur dengan Marina sebaik pulang dari bercuti di Los Angeles berikutan sedikit salah faham. Tetapi tidaklah sampai ke tahap memaksa Zizan mengikut jejak langkah saya.
Hanya saya yang bermasalah dengan Marina, bukan Zizan. Sepanjang di LA, Zizan dan Marina masih bertegur sapa. Malah mereka turut keluar membeli-belah bersama.
Setahu saya selepas kembali ke Malaysia, mereka masih bertegur sapa. Jadi saya pelik apabila timbul dakwaan mereka sudah tidak bercakap sejak Februari dan kononnya sayalah jadi puncannya.
Jika saya bersalah, tolong kemukakan bukti supaya saya tahu apa salah saya.
Tegas Emma lagi:
Biarlah orang hendak tuduh saya macam-macam. Apa yang penting saya bukanlah punca populariti Zizan merudum atau meningkat, semua itu adalah ketentuanNya.
Saya sentiasa percaya hidup manusia ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada ketikanya kita berada di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog