Tuesday, 17 February 2015

GAMBAR-GAMBAR: Koleksi Baju Kanye West Yang Agak Mengarut Dan Pelik


TAK semua orang ada bakat menjadi pereka fesyen yang bagus. Ini dapat ditafsirkan apabila koleksi pakaian terbaharu penyanyi Kanye West rata-ratanya mendapat kritikan buruk daripada pengkritik fesyen antarabangsa serta kebanyakan peminat fesyen dari seluruh dunia.

Membuka tirai Minggu Fesyen New York baru-baru ini, koleksi pakaian ready to wear hasil kolaborasi penyanyi itu dengan jenama gergasi Adidas nyata memberikan satu erti baharu dalam bidang fesyen.

Kalau tak malu nak berjalan di luar macam orang yang terlupa nak pakai baju, anda disarankan boleh mencuba fesyen unik dan rare yang cuba diketengahkan oleh penyanyi berusia 38 tahun ini.

Koleksi street wear terbabit banyak dimonopoli pilihan warna hitam, coklat, hijau lumut dan putih.






Antara nama-nama besar yang dilihat hadir pada majlis tersebut ialah isteri Kanye sendiri, Kim Kardashian West, power couple Beyonce dan Jay Z, P. Diddy, Rihanna serta editor majalah Vogue, Anna Wintour.


Malah Kim turut menggayakan koleksi seluar ketat berwarna kulit yang termasuk dalam koleksi yang dihasilkan suaminya itu.


Erm.. Rasanya macam rekaan yang dibuat ni dibuat last minit je. Baju pun kosong tanpa corak dan potongan pun macam main potong je. Tapi tak tahu lah kalau ada orang yang memang suka jenis rekaan yang rare ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog