Tuesday, 17 February 2015

VIDEO: Kumpulan Lelaki Acah-Acah Seperti Kumpulan ISIS Ancam Letupkan Mahkamah Malaysia Guna Gambar Nora Danish


PELAKON Nora Danish akan membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan gambarnya dalam sebuah video yang dikaitkan dengan persatuan ISIS Malaysia.

Menurut Nora, dia tidak mahu memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu yang mana secara jelas dan terang-terangan menunjukkan salah seorang daripada lelaki bertopeng dalam video itu memegang gambarnya.

“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,”
katanya memetik Berita Harian.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Youtube, empat lelaki bertopeng itu memberitahu mereka sudah tidak lagi percayakan sistem demokrasi negara ini dan sebagai langkah permulaan menunjukkan pendirian tersebut, mereka akan membakar mercun di mahkamah pada 18 Februari ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog