Tuesday, 17 February 2015

Kerana Dendam Kaum Yadizi Bunuh Penduduk Sunni Di Arab


Etnik Yazidi, kaum minoriti Iraq dipercayai mula membalas dendam terhadap penduduk Sunni yang dipercayai membantu militan Negara Islam (IS) menyeksa masyarakat itu, tahun lalu.

Penduduk Arab di Sinjar mendakwa kumpulan Yazidi bersenjata melakukan empat serbuan sejak dua minggu lalu, mengakibatkan 21 kematian dan 17 hilang.


Etnik Yazidi penganut agama kuno yang mencampurkan elemen Zoroastrian, Kristian dan Islam antara mangsa paling teruk disasar IS apabila ratusan dalam kalangan mereka dibunuh serta ribuan dijadikan tawanan dan hamba seks kerana dianggap menyembah syaitan.

Bandar Sibaya dan Chiri diserang, 25 Januari lalu manakala dua lagi pekan Arab, Khazuga dan Sayer diserang keesokannya sebelum pejuang peshmerga Kurdis campur tangan menghalang kekejaman selanjutnya.

Penduduk Sibaya, Dhafer Ali Hussein, 41, berkata, etnik Yazidi mahu menjadi penduduk majoriti dengan menghapuskan orang Arab.

“Mereka membalas dendam. Mereka mahu mengubah peta negara ini dengan mengusir penduduk Arab dari sini,” katanya.

Menurutnya, penduduk Sibaya dikejutkan dari tidur apabila mendengar bunyi tembakan menandakan kehadiran konvoi tentera yang disangka sekadar pemeriksaan biasa.

Nawaf Ahmed, 31, berkata, dua militan Yazidi termasuk seorang berpakaian tentera memasuki rumahnya dan meminta kunci keretanya serta pengenalan diri sebelum melarikan kenderaan itu.

Puluhan kereta kemudian datang dan orang dikenal pasti Yazidi melarikan perabot, kenderaan, barang kemas dan haiwan ternakan sebelum menyimbah minyak dan membakar rumah.

Ada warga emas rentung kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

Gembala kambing yang mengalami masalah mental, Kheder Ahmed, 35, ditembak sekumpulan lelaki yang melarikan haiwan peliharaannya.

Dia dirawat di bandar Kurdis, Duhok, bersama enam lagi penduduk yang juga cedera dalam serangan itu, termasuk budak lelaki berusia 11 tahun.

Di Chiri, Abdullah Muhammed, 60, diacu mesingan di dadanya, tetapi bernasib baik apabila seorang penyerang yang mengenalinya membantunya menyelamatkan diri.

Malangnya, jirannya Jomaa Marii ditembak mati.

Daripada 10 mayat ditemui di Sibaya, tiga ialah wanita warga emas. Empat mayat rentung termasuk satu yang diikat pada kerusi.

Sebanyak 11 mayat pula ditemui di Chiri.

Penduduk menuduh militan Yazidi, Qassem Shesho mendalangi serangan itu. Dia menafikan dakwaan itu, sebaliknya menuding jari kepada kumpulan lain di bawah Parti Pekerja Kurdistan - yang juga menafikan bertanggungjawab.

Apa yang pasti, kekejaman IS membahagikan penduduk yang satu masa dulu pernah hidup secara aman.-Hmetro


kubur besar tempat ISIS membuang mayat kaum Yadizi yang dibunuh

Anggota masyarakat Yadizi memeriksa dompet mangsa




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog