Wednesday, 18 February 2015

VIDEO: Insiden 'Parang Terbang' Di Kompleks Membeli Belah Di Bukit Jambul


JANGAN terkejut, ini bukan peristiwa sejarah hitam 13 Mei yang pernah berlaku di tanah air pada tahun 1969 dulu.

Namun kejadian ‘parang terbang’ telah menggemparkan penduduk khasnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.


Kisahnya baru-baru ini, seorang remaja berusia 18 tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah kompleks membeli-belah di Bukit Jambul Ahad lalu.

Melalui rakaman CCTV, sekumpulan remaja pada mulanya dilihat baru selesai menonton filem lalu beredar seperti biasa.

Namun secara tiba-tiba, kumpulan remaja ini terus berlari ke belakang setelah dikejar kumpulan lain yang bersenjatakan parang dan topi keledar.

Memetik laporan The Star, Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Supt Abdul Rahman Ahmad berkata, kejadian berlaku pukul 3 pagi selepas remaja berkenaan selesai menonton filem dengan dua rakan di sana.

“Mangsa dan rakan-rakannya sedang mabuk, ini membawa kepada salah faham dengan sekumpulan remaja India yang lain,” katanya.

Berikutan kejadian itu, remaja yang cedera serta tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi merawat luka sepanjang 8cm di pergelangan tangan kirinya.

Rakan-rakan mangsa yang tidak cedera berkata, mereka tidak mengenali kumpulan enam hingga lapan remaja yang menyerang mereka kerana ia berlaku begitu pantas manakala mereka juga masih mabuk.




mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog