Sunday, 15 February 2015

VIDEO: Raja Bomoh 1Malaysia Dakwa Hantu Raya Nak Bunuh AI, Jalankan Ritual Kayu Golf Di Depan Penjara




Sebelum ini Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zin telah mencuba kehebatan bomohnya dalam mencari pesawat Malaysia Airline, MH370 pada tahun lalu.

Dengan menggunakan teropong ajaib, buah kelapa serta bubu ritual dilakukan namun sampai sekarang pesawat berkenaan masih belum ditemui.

Terkini, menerusi portal Suara TV, Raja Bomoh ini kembali beraksi dengan ritual menghalau gangguan hantu raya yang dihantar untuk membunuh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun kali ini nampaknya lebih hebat, mungkin kerana kegagalannya pada sesi ritual lepas mencari MH370, kali ini turut hadir permainan golf dalam ritualnya. Tetapi tidak dilupa juga dua buah kelapa yang mesti ada dalam upacara ini.

Tidak tahulah apa keadaan Anwar Ibrahim sekarang sekiranya benar diganggu oleh hantu raya lebih-lebih lagi di dalam penjara. Di harap Anwar Ibrahim selama-selamat sahaja hendaknya.

Apa-apa pun mari kita saksikan ritual yang sangat unik ini.


2 comments:

  1. aku syorkan dia masuk MLM lg bagus sure blh menang punya sbb punchline dia sgt menjadi..

    ReplyDelete
  2. Kah kah hebat sungguh penyokong bang non kite nih......hebat sampai tak terkata kata....kelu lidah nak berkata kata....
    Meh la kite pantun
    .bang non ziarah sungai buloh.....mahaguru main golf....kah...kah..kah...
    Maha guru buat gilo....sungai buloh tutup.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog