Sunday 15 February 2015

VIDEO: Wanita Maki Lelaki Kulit Hitam "Kamu Pernah Jadi Hamba"



PIHAK Polis Britain kini sedang mengesan seorang wanita yang dirakam mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman di dalam sebuah keretapi di stesen Stratford, Timur London, baru-baru ini.

Insiden pergaduhan mulut itu dikatakan bermula apabila dia mengarahkan lelaki berkulit hitam yang duduk bertentangan dengannya supaya beralih tempat duduk.

“Kamu ada masalah sebab sebelum ini kamu semua pernah menjadi hamba,”
kata wanita itu pada minit ke 1:17.

Beberapa penumpang lain kedengaran menjerit ‘diam’ apabila dia mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

Bagaimanapun, menerusi beberapa video pendek lain yang turut dimuatnaik di laman sosial, wanita itu dirakamkan berkata:

“Saya ada kawan berkulit hitam, saya bukan rasis.”

Pada masa sama, pihak polis meminta agar perakam video tersebut tampil memberikan maklumat kepada mereka. 


mynewshub.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog