Wednesday, 29 October 2014

10 Orang Yang Kemaruk Dengan Pembedahan Plastik Dan Hasilnya

Bukan semua manusia yang bersyukur dengan kejadian bentuk tubuh dirinya. Ada yang kemaruk untuk mengubah sehingga sampai ke tahap melakukan pembedahan mengubah rupa bentuk sama ada pada wajah mahupun tubuh. Namun, terdapat sesetengah yang pada asalnya ingin membuat sedikit perubahan pada wajah untuk kelihatan cantik tetapi pada akhirnya menjadi lebih buruk dari keadaan asal apabila perubahan-perubahan yang dilakukan gagal mencapai rupa yang dikehendaki. Berikut adalah senarai individu-individu yang gagal mencapai hasrat menjadi 'cantik' melalui penggunaan teknologi pembedahan plastik.

1. Michaela Romanini

Michaela adalah dikenali oleh kerana penyalahgunaan kolagen terhadap bibir beliau. Walaupun baru berusia 40 tahun, setelah pelbagai pembedahan dilakukan, bibirnya kini kelihatan semakin aneh.

2. Amanda Lepore

Dahulunya Amanda adalah seorang lelaki, kini setelah bermacam jenis pembedahan yang dijalankan, Amanda telah menjadi transeksual (pondan, bapok, mak nyah, bobo, etc) antara yang paling terkenal di dunia. Beliau mula menjalani pembedahan plastik semenjak berusia 15 tahun lagi.

3. Jackie Stallone

Terkenal kerana paling banyak menjalankan pelbagai jenis pembedahan terhadap keseluruhan bahagian muka, baik tang hidungnya, tang keningnya, tang pipinya, dia cucuk tang sini, dia cucuk tang sini dan sebagainya.

4. Donatella Versace

Seorang pereka fesyen yang terkenal, kini setelah menjalankan pembedahan plastik yang mengubah wajahnya tidak ubah seperti karikatur.


5. Eric Sprague

Juga dikenali sebagai 'Mengkarung Man'.

6. Dennis Avner

Lelaki kucing yang pertama seumpamanya di dunia. Tujuan dia lakukan pembedahan sebab sibuk nak jadi harimau.Tapi kemudian dia membunuh diri sebab tak boleh terima tak dapat jadi harimau betul.ish3

7. Pete Burns

Pete Burns adalah vokalis kugiran New Wave yang terkenal dari Liverpool, Dead or Alive.

8. Michael Jackson

Nak cerita ke pasal dia ni? Beliau adalah bintang popular yang paling terkenal. Raja Pop Sedunia.

9. Jocelyn Wildenstein

Raksasa $4 juta. Nilai $4 juta tersebut adalah merujuk kepada nilai keseluruhan bagi menampung pembedahan-pembedahan yang dijalankan oleh beliau dan bukannya nilai asset kekayaan beliau.

10. Hang Mioku

Pada asalnya beliau adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang jelita sehinggalah beliau mula menjalankan pembedahan terhadap hidung beliau. Sejak dari itu, beliau ketagihan untuk menjalankan pembedahan plastik. Akibat terlalu kerap menjalankan pembedahan, pada akhirnya beliau tidak lagi mampu untuk menampung kos pembedahan yang diinginkan. Namun, itu tidak mematahkan hasrat beliau. Beliau membuat keputusan untuk menjalankan sendiri pembedahan plastik dengan menyuntik minyak masak. Akhirnya, wajah beliau berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah diinginkan sepanjang dalam hidup beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog