Friday, 31 October 2014

Tauke Jambu Dah Tak Jumpa Anak-anak Lebih 10 Tahun


Tauke Jambu sebenarnya dah berkahwin? Perhh serius tak tahu. Dan bukan sekali je, Tauke sebenarnya dah berkahwin sebanyak 3 kali. Tapi semuanya tak berhasil. Tapi bukan nak cerita pasal perkahwinannya, Rupa-rupanya Tauke Jambu dah tak jumpa 3 orang anaknya hasil perkahwinan pertama selama 10 tahun. Mesti Tauke rindu serindu-rindunya mahu melihat wajah, keletah dan aksi anak-anaknya. Agak menyedihkan kerana Tauke memaklumkan yang dia memang terputus hubungan dan tidak tahu cara untuk ‘contact’ anak-anaknya itu.

Untuk pengetahuan semua, Tauke Jambu sudah pun berkahwin sebanyak 3 kali. Bercerita mengenai anak-anak hasil perkahwinan pertamanya itu, Tauke berkata:-
Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.
Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.
Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti
tauke jambu
sumber:beautifunara.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog