Friday, 31 October 2014

Perkampungan Unik Di Jepun, Dipenuhi Dengan Patung Manusia Kerana Kekurangan Penduduk!

Kampung Nagoro (Nagoro Village) terletak di Shikoku Island, Japan. Perkampungan kecil ini dahulu pernah dihuni oleh ratusan penduduk. Kini kurang dari 50 orang yang tinggal kerana ada yang berhijrah ke bandar besar seperti Osaka dan Tokyo, serta ada yang sudah mati. Salah seorang penduduk yang pernah tinggalkan Kampung Nagoro ialah Ayano Tsukimi, 64 tahun. Wanita ini pergi cari kerja di Osaka, dan 11 tahun lepas dia kembali ke kampung halaman. Namun keadaan disekeliling tersangatlah sunyi dan kosong. Hanya dipenuhi oleh pokok-pokok.

Jadi untuk ubah situasi ini, dia mendapat ilham untuk buat sesuatu yang dapat memenuhi setiap ruang di kampung tersebut. Dengan menggunakan kain buruk dan pakaian lama, dia hasilkan patung bersaiz manusia sebenar! Mula2 Ayano Tsukimi hanya buat satu patung yang berbentuk seperti bapanya. Kemudian ilham semakin bertambah, yakni dia menghasilkan patung berdasarkan imej keluarga dan penduduk yang pernah tinggal di situ. Ada kanak2 dan juga dewasa. 

Patung2 ini dijahit sendiri dan dipakaikan lengkap pakaian, kemudian diletak di seluruh kampung. Contohnya di sekolah terbiar, Ayano buat patung murid dan guru. Kini dianggarkan terdapat 350 patung ada dalam kampung! Patung2 ini tahan sehingga 3 tahun, jadi sebagai langkah untuk menggantikannya, dia tidak berhenti buat yang baru setiap masa.











1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog