Moscow - Seorang Ahli Sejarawan menggali 150 kubur untuk mengambil mayat supaya dia boleh memakaikan mayat-mayat tersebut dengan pelbagai fesyen untuk pesta ulang tahun.
Warga Rusia itu, Anatoly Moskvin mengeluarkan lebih kurang 29 mayat kanak-kanak perempuan yang berusia antara 3 hingga 12 untuk memenuhi fantasi pelik beliau.
Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang untuk dikumpul dalam koleksi mumia yang mengerikan. Mayat tersebut yang ada daripadanya hanya tinggal rangka dipakaikan dengan stoking dan pakaian, dan ada daripadanya yang dihiaskan seperti sebuah boneka.
Anatoly Moskvin yang boleh bercakap dalam 13 bahasa dan digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai 'genius', juga turut memberikan nama-nama setiap daripada mayat yang 'menghadiri' majlis hari jadi yang dianjurkan untuk mereka.
Sebuah video yang dirakamkan oleh Moskvin yang ditemui oleh penyiasat di apartmennya menunjukkan koridor rumahnya penuh dengan pakaian gaun pengantin pelbagai fesyen serta pakaian yang berwarna-warni.
Di dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajah mayat kanak-kanak perempuan, dibalut dengan kain kuning air cerah dan dapat didengar pada rakaman video tersebut menyatakan Patung ini diperbuat daripada mayat manusia."
Polis berkata, Anatoly juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.
Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti.
Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya.
Jurucakap Pihak Pendakwaan berkata: "Setelah tiga tahun pemantauan terhadapnya di klinik psikiatri, Moskvin masih belum boleh dibicarakan kerana masalah mental. Dia akan diletakkan disini untuk rawatan psikiatri."
No comments:
Post a Comment