Alor Setar: “Pagi tadi (semalam) arwah sempat kejutkan saya bersahur dan memang saya hairan kerana arwah tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.”
Demikian kata Ku Muhammad Luqman Ku Md Akhir, 22, abang kepada Ku Muhammad Iqbal, 14, yang dipercayai meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran di surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.35 pagi, arwah bersama pelajar lelaki dan perempuan serta guru sekolah berkenaan bertadarus al-Quran antara aktiviti setiap hari sejak awal Ramadan sebelum memasuki kelas sesi pagi.
Difahamkan, mangsa dikatakan tiba-tiba rebah ketika bertadarus al-Quran menyebabkan pelajar lain serta guru sekolah itu terkejut dengan kejadian berkenaan.
Ku Muhammad Luqman berkata, sebelum ini arwah tinggal di asrama sekolah berkenaan sejak di tingkatan satu. Bagaimanapun, kini dia berulang-alik dari rumah disebabkan kakaknya yang belajar di tingkatan enam tidak tinggal di asrama sejak Mei lalu.
Untungnya remaja ini. Meninggal dunia di bulan Ramadhan yang mulia semasa sedang membaca Al-Quran. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
No comments:
Post a Comment