Wednesday, 16 July 2014

Enot dimaki doktor kerana tidak mahu mengikuti kemoterapi dan radioterapi

Sakit hati pula bila baca luahan hati Enot di mStar Online hari ini. Mana taknya, orang tu dahlah memang sakit, ditambah pula dengan makian oleh doktor yang biadab macam tu. Siapa tak marah kan?
Enot yang menghidapi penyakit kanser usus itu enggan membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana kegagalan kaedah rawatan tersebut untuk menyembuhkan ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.
Lebih menyayat hati, Enot kini yang sudah redha untuk ‘pergi’ mahu bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan anak-anaknya.
 kata Enot:
“Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.
Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu.”
Menyimpan hasrat mahu menunaikan Umrah bersama anak-anak jika berkesempatan, Enot kini hanya melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog