Tuesday, 15 July 2014

Haniz Suraya dihentam kerana jual syampu

Baru-baru ini, Hanez Suraya telah tampil dengan produk terbarunya iatu syampu jenama sendiri. Satu langkah yang bijak dan harus disokong, lebih-lebih ia adalah produk orang Melayu kita. Namun disebabkan syampu tersebut dikeluarkan oleh Hanez, pelbagai kritikan dan hentaman telah dikeluarkan di laman sosial. Kecewa dengan hentaman tersebut, Hanez meluahkan perasaannya melalui Mstar Online:-
Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha. Apa yang yang saya nampak golongan ‘keyboard warrior’ itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial.
Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.
Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.
Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja.
Sabarlah Hanez. Inilah dugaan orang nak berniaga. Kalau dugaan ini dapat ditempuh, pastinya perniagaan anda akan berkembang besar. Mana tahu selepas ini syampu jenama Hanez Suraya akan menjadi pilihan wanita seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog