ISTANBUL, Turki - Seorang wanita hamil berhadapan dengan detik-detik cemas apabila terpaksa melompat dari tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran, lapor portal berita Mirror.co semalam.
Wanita yang berusia 20-an itu berjaya diselamatkan oleh orang ramai apabila mereka memenuhkan sebuah tong berwarna jingga dengan gumpalan kain dan kotak.
Kejadian itu sempat dirakam dengan menggunakan sebuah telefon bimbit dan kemudiannya dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube.
Sebelum itu, keadaan bangunan yang hangus dijilat api dan asap tebal menyukarkan ibu muda tersebut untuk menyelamatkan diri melalui tangga ke tingkat bawah.
Menurut saksi, wanita berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi
sumber KOSMO
nasib baik selamat..
ReplyDelete