Friday, 18 July 2014

Pemilik kereta DAF1584 dituduh seret kucing beri penjelasan


Pemilik kereta Kancil DAF 1584 bernama Ahmad Dasuki dari Pasir Puteh ini tampil untuk membersihkan namanya. Dia memberitahu lelaki yang dilihat sedang memandu dan memegang kucing itu adalah seorang pomen dan kereta Kancil merah itu adalah miliknya.




Ahmad Dasuki mendakwa Kucing yang kelihatan diseret dalam gambar tersebut adalah sebenarnya bangkai seekor kucing yang telah membusuk hingga terpaksa dipegang menggunakan plastik. Dengan keadaan kepala yang sudah pecah dan baru yang sangat menusuk dihidung.


Ambo rasa kes panas baran perempuan cdm25 tu panass dahh..tp gak kes daf1584 lagi panah malam ni..letihh nk menjawab..kpd hok tau tu mitak tulo back up dehh..tq..parok2..nyaknyo pomen ambo kena fitnah kaw2.dia jo tulong amik kucing mapuh tu...ambo owner keta..", Jelas Ahmad Dasuki

Kadang kadang apa yang dilihat bukanlah seperti apa yang terjadi sebenarnya. Sama seperti kes ini. Sebenarnya sungguh murni hati mereka ini yang membantu mengalihkan bangkai kucing yang telah membusuk ke tepi jalan dari terus dilanggar oleh kenderaan lain. Oleh kerana bangkai sudah tentulah berbau busuk, tak ada sesiapa ingin membawa bangkai masuk ke dalam kereta. Tak semua orang punya hati murni nak alihkan bangkai haiwan ke tepi jalan.


Selepas ni diharapkan usahlah kita mudah membuat kesimpulan hanya dari sekeping gambar sebelum mendengar penjelasan dari empunya diri.

sumber OHMEDIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog