Thursday, 10 July 2014

Nora Danish dan Nedim belajar terima kekurangan masing-masing

Rasanya sudah agak lama juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Kini mereka sudah tiba ke fasa saling menerima perangai buruk masing-masing.  Kata Nora Danish menerusi MalaysianDigest:-
Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.
Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami.
Tidak… tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas.
Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria. Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan.
Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog