Thursday, 10 July 2014

Heliza Helmi- 'Kita mesti berhijrah dengan ilmu'

Sejak akhir-akhir ini makin ramai selebriti wanita yang dilihat sudah pun mengenakan hijab. Fara Fauzana, Neelofa, Uqasha dan Umie Aida nyata semakin cantik dan anggun dengan imej baru mereka. Bagus lah begitu kan.
Bagaimanapun, seiring dengan fenomena berhijab, ada juga yang seakan-akan menjadi ustazah mee segera, malah kadang-kadang tutur kata mereka tampak lebih hebat daripada para ilmuwan.
“Kita mesti berhijrah dengan ilmu. Kena berguru dengan betul, guna saluran yang betul dan berdoa. Manusia tidak lari daripada khilaf.” Itu adalah antara komen Heliza Helmi apabila kami bertanyakan isu tersebut kepadanya.
“Mungkin apa yang mereka cakap kita tafsirkan sebagai sesuka hati, tapi mungkin daripada pihak yang lain ia dikatakan bermesej dan benar. Tapi bila kita rasakan perkara itu tak betul, cara nak tegur pun perlulah guna bahasa yang indah.
Jadi macam inilah, tak kira lah belum berhijab, baru berhijab atau sudah lama berhijab, yang paling penting apabila kita melakukan penghijrahan, ianya haruslah dengan ilmu kerana penghijrahan ini berlaku setiap hari dan sampai bila-bila.”
 
Dalam pada itu, Heliza juga turut menyatakan rasa terujanya apabila kini semakin ramai rakan-rakan selebriti wanita sudah berhijab.
“Dulu saya pernah ditanyakan soalan yang sama dan saya jawab yang saya harapkan satu hari nanti semua berhijab. Dan sekarang saya dah lihat kebangkitan Islam itu.
Semua orang tengah kejar untuk melakukan perubahan dan kita dapat rasa mereka dah dekat dengan Allah SWT. Contohnya macam Neelofa. Hampir setiap hari dia berada di masjid besi. Felixia pun sama juga. Sibuk dengan aktiviti-aktiviti di masjid.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog