Wednesday 9 July 2014

Kes abang maut kerana adik-adik - 'biar ayahnya terima hukuman berat'

‘Biar dia dihukum’
Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”
Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.
Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.

Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.
“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog