Thursday, 10 July 2014

Raja Azmi mahu ikut jejak Datuk Sharifah Aini

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Sharifah Aini memberi impak yang amat besar kepada dunia hiburan tanah air. Beliau telah pergi di bulan yang penuh mulia, meninggalkan seorang anak yang soleh dan amal jariah yang tidak terkira banyaknya yang dirahsiakan ketika Allahyarham masih hidup. MalahAllahyarham sempat meninggalkan beberapa pesanan buat anaknya yang sangat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya.
 Pemergian Allahyarham yang amat mudah telah pun menjadi inspirasi kepada Raja Azmi untuk membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram. Kata Raja Azmi melalui Mstar Online:-
Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.
Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.
Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.
Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih. Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog