Tuesday, 8 July 2014

Umie Aida mula berhijab

Tahniah diucapkan kepada Umie Aida kerana kini sudah mula berhijab. Nampaknya Ramadhan tahun ini memang membawa berkat. Tahun ini sahaja sudah beberapa selebriti yang mula menyatakan keinginan untuk berhijab. Berita ini diketahui apabila dia ditemui wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkahp hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
umie aida kini bertudung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog