Tuesday, 8 July 2014

Lelaki diserang ikan Yu Putih semasa berenang

PANTAI MANHATTAN, Califfornia - Seekor ikan yu putih yang berukuran 7 kaki panjang telah menyerang seorang lelaki yang sedang berenang di Manhattan Beach Southern California pada hari Sabtu, kata pegawai.

Rick Flores, jurucakap Los Angeles County Fire berkata, mangsa yang digigit di sebelah kanan badan kira-kira 9.30 pagi mengalami luka tusukan dikategorikan sebagai kecederaan sederhana. Mangsa dibawa ke hospital kemudiannya sedar dan bernafas dengan sendiri, kata Flores.

Serangan itu bermula apabila seorang lelaki yang sedang memancing di luar Manhattan Beach Pier telah berjaya mencangkuk ikan yu itu dan menghabiskan lebih 30 minit untuk menariknya menyebabkan ikan itu bertindak lebih ganas.

Mangsa berada dalam kumpulan perenang berenang dalam jarak jauh kira-kira 300 kilometer dari pantai, di mana tempat dia digigit oleh ikan yu putih itu.

Nelayan yang memancing itu memotong tali joran manakala peluncur air yang berada di tempat kejadian pula  meletakkan perenang yang tercedera itu di atas papan luncurnya, menghantar mangsa ke darat dengan bantuan penjaga pantai Los Angeles County. Paramedik yang tiba merawat lelaki itu.

Identiti mangsa tidak diberitahu, tetapi Flores menyifatkan beliau sebagai seorang lelaki pertengahan umur.

Yu itu kekal di kawasan itu selama 20 minit dan kemudian hilang ke dalam air semula, kata Flores.

Walaubagaimanapun, pantai itu masih dibuka kepada orang ramai dengan kehadiran penjaga pantai untuk memastikan keselamatan orang-orang yang datang bermandi-manda di situ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog