Tuesday 20 January 2015

Gambar Selfie Ratu Cantik Israel Dan Lebanon Menimbulkan Kekecohan


Satu gambar 'selfie' oleh ratu cantik dari Israel telah menyebabkan kekecohan di Lebanon kerana bersama-sama ratu cantik Israel itu adalah ratu cantik dari Lebanon, Saly Greige.




Gambar tersebut telah dimuat naik oleh ratu cantik Israel tersebut yang bernama Doron Matolon ketika mereka dalam persiapan untuk pertandingan ratu cantik di Miami.

Doron Matolon
Gambar itu telah menyebabkan orang memanggil Saly Greige sebagai pengkhianat dengan menyifatkan tindakannya itu seperti menyerah diri kepada musuh.

Saly Greige.
Beberapa warga Lebanon mendesak Saly Greige digugurkan gelarannya kerana mempunyai kenalan dari negara musuh.

Bagaimanapun, Saly Greige telah mempertahankan dirinya di Instagram dengan mengatakan Doron Matolon telah banyak kali mendesak untuk mengambil gambar dengannya dan akhirnya telah mencuri mengambil gambar itu. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog