Monday 19 January 2015

Gambar Ikan Bilis Disumbat Dengan Selipar Ke Dalam Kotak Bukan di Malaysia, Tetapi Thailand



Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa orang lelaki memijak-mijak ikan bilis untuk dimampat masuk ke dalam kotak pembungkusan. Gambar-gamar tersebut dipercayai diambil di sebuah tempat yang memproses pembungkusan ikan bilis.


Bagaimanapun, gambar tersebut tidak pula menyatakan dimanakah tempat itu secara jelas sehingga menimbulkan perasaan gusar dalam kalangan rakyat Malaysia yang khuatir kejadian berlaku di Malaysia.

Namun, setelah disiasat, gambar-gambar yang tersebar itu sebenarnya diambil di Rayong, Thailand. Ini berikutan gambar asal dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Thailand yang bernama Prajug Dongsri(akaun telah dimatikan).

Menurut laporan dari beberapa portal berita Thailand, kejadian ini telah pun dibawa ke kabinet Thailand bagi perbincangan.



Keratan dari portal Thailand yang bertarikh 15 Januari 2015.


Namun, isu ini perlu juga dipandang serius oleh rakyat Malaysia kerana banyak bahan-bahan makanan di Malaysia di import dari Thailand. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog