Thursday 22 January 2015

Sultan Kelantan Lawat Nik Aziz Di Wad Dan Bacakan Yassin


UMPAMA satu dalam seribu, itulah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang terkenal dalam kalangan rakyatnya kerana tingkah baginda yang sering tak ubah ‘seperti orang biasa’.


Baginda yang sering dilihat bersahaja, melawat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sedang terlantar sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam.

Mengenakan jubah hitam dan berkopiah, baginda ditemani Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh yang juga anak Nik Aziz.

Apa yang mengagumkam, baginda tak hanya melawat malah dengan rendah diri meluangkan masa membaca surah Yasin untuk Nik Aziz.

Kisah kerendahan hati Sultan Kelantan bukan rahsia lagi, malah sewaktu banjir baru-baru ini berlaku insiden di mana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai sultan kepada mangsa banjir, sebaliknya menjawab ‘orang sini’ sahaja bila ditanya rakyat yang sama sekali tidak menyangka itu adalah baginda.

Rakyat Kelantan sememangnya sangat-sangat bertuah punyai sultan berjiwa rakyat.

Berbalik kepada keadaan Tuan Guru, sama-sama lah kita doakan semoga beliau kembali dikurniakan kesihatan yang baik, Insya-Allah. 


mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog