Monday 18 August 2014

Pekerja dah elok pakai tudung tapi tunjuk jari tengah pada pelanggan


Sesetengah manusia, jika tidak puas hati atau ada selisih faham sedikit sahaja cepat sangat melenting dan mula menjadi kurang sopan.

Satu kes seperti ini telah berlaku di sebuah kedai arked permainan video di sebuah pasaraya terkemuka yang mana pekerja arked itu sendiri yang berlaku kurang sopan dengan menunjukkan jari tengah kepada pelanggan.

Mengulas cerita yang disebarkan oleh pelanggan terbabit, kejadian ini berlaku setelah rakannya meminta token ganti setelah satu token telah dimasukkan ke satu mesin yang rosak. Pekerja disitu kemudiannya meminta mereka membeli token baru.

Rakannya itu menolak untuk membeli token baru kerana merasa itu bukan salahnya. Kemudian, pekerja disitu membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan perkara ini dipersetujui oleh kedua pihak.

Tetapi, dua pekerja dalam gambar itu mula mengekori rakannya dan mengeluarkan kata-kata mengejek.

Rakannya mengeluarkan telefon bagi mengambil gambar untuk membuat aduan kepada pihak atasan. Tetapi kerana panas dengan tindakan tersebut, pekerja berkenaan mengangkat jari tengah mereka tanda tidak puas hati.



Rasanya perbuatan mengangkat jari tengah itu sememangnya kurang ajar. Lagi-lagi kepada pelanggan. Bertudung pula tu. Kalau bekerja tapi nak tunjuk isyarat-isyarat sedemikian, sejenis pekerjaan saja yang sesuai...rasanya pembaca sendiri pun boleh agak.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog