Saturday 23 August 2014

Anak menangis depan keranda pramugari MH17

Seremban: Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan.

Jenazah pramugari kanan, Mastura Mustafa, 40, yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine pada 17 Julai lalu dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan.

Ketibaan jenazah kira-kira jam 12.40 tengah hari turut diiringi ahli keluarga termasuk bapa, Mustafa Abdul Samad, 83, suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10.



Sebaik tiba, jenazah Mastura diusung anggota tentera 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Senawang dan Kem Rasah.

Jenazah Mastura dijangka akan disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan lebih 2,000 jemaah yang turut hadir

Sumber www.siakapkeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog