Thursday 21 August 2014

Adira sudah berhijab : Sekadar Fesyen atau Menutup Aurat?

Berhijab Penuh : Adira Dikritik Netizen, Berhijab Sekadar Fesyen Atau Menutup Aurat?
Korang perasan tak, sejak Ramadhan yang lalu, semakin ramai selebriti wanita yang berhijab. Antaranya Neelofa, Ziana Zain, Emma Maembong dan ramai lagi.
Terbaru, khabar baik yang kami terima, pelantun lagu ‘Dewi Cinta’ Adira kini sudahpun berhijab penuh. Alhamdulillah. Baguslah kan, akhirnya terbuka hati Adira untuk berhijab.
Namun, disebalik penghijrahannya, ada beberapa peminat yang mengkritik penampilan terbarunya yang dikatakan tidak elok untuk wanita bertudung.
Berhijab Penuh : Adira Dikritik Netizen, Berhijab Sekadar Fesyen Atau Menutup Aurat?
Antara selebriti wanita yang sudah berhijab
Semuanya kerana tudung yang dipakai Adira kelihatan pendek dan tidak menutup sebahagian tubuhnya. Kata peminat tersebut, jika ingin bertudung, biarlah melepasi paras dada.
Hmm, ada betulnya juga apa yang dikatakan peminat tersebut. Kami sendiri lihat kebanyakkan selebriti yang berhijab semakin kelihatan seksi pula.
Berhijab Penuh : Adira Dikritik Netizen, Berhijab Sekadar Fesyen Atau Menutup Aurat?Berhijab Penuh : Adira Dikritik Netizen, Berhijab Sekadar Fesyen Atau Menutup Aurat?
Bukan Adira saja yang dikritik sebegini, sebelum ini, aktres Uqasha Senrose pun pernah ditegur peminat kerana memakai baju mengikut bentuk badan walaupun sudah berhijab.
Bukan apa, kami pun tidaklah sempurna, tetapi kan lebih elok jika sudah berhijab, cara pakaian pun dijaga supaya tidak terbonjol sana-sini.
Pelik juga kami bila lihat sesetengah selebriti yang berhijab, tetapi masih menampakkan aurat. Kadangkala terfikir juga sama ada mereka berhijab demi tuntutan atau sekadar berfesyen? Hmm, entahlah.
Iyalah, teguran peminat kadang-kadang bukan untuk menjatuhkan, tetapi lebih kepada untuk menyedarkan selebriti kesayangan mereka. Tak gitu?

ohbulan

1 comment:

  1. orang baru nak berjinak jinak.. nanti lelama sikit pandailah dia.. yang kita ni sepatutnya memberi galakan bukan mengkritik.. atau sebab kita rasa kita yang terbaek.. dan orang lain tak bagus cam kita?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog