Sunday, 11 January 2015

"Selama Ini Saya Seperti Orang Bodoh"- Alyah

Sesal separuh nyawa pun tiada gunanya lagi. Tak dapat dibayangkan betapa remuknya hati Alyah apabila mengetahui suaminya, Datuk Ramli MS sudah pun berkahwin lain. Pasti hancur-sehancurnya. Segalanya bermula apabila Alyah berkongsi sekeping gambar Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dikenali menerusi akaun Instagramnya. 
madu alyah
Kata-kata yang ditulis oleh Alyah menerusi gambar tersebut jelas membayangkan betapa hatinya terluka. Tulis Alyah:-
Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku menganiaya hambamu yang lain, Kau tuntunlah aku untuk kembali ke jalanMu. Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon padaMu ya Allah SWT, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku Ya Allah SWT. Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya begini? Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?
madu alyah
Segala persoalan yang bermain di minda ramai orang terjawab apabila Alyah tampil menerusi Berita Harian memaklumkan yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah pun berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Siti Hafilah Che Kar. Perkahwinan tersebut telah dilakukan secara senyap-senyap. Kata Alyah:-
Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti. Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.
alyah

1 comment:

  1. Suami menikah dua. macam dunia dah kiamat!!!! inilah ajaran sesat yang sedang dialami oleh kebanyakan manusia di Malaysia....
    Lebih rela suami berbuat dosa zina dari mengambil perempuan tersebut sebagai isteri. Ingatlah, hidup ini bukan sekadar didunia, kita akan hidup selamanya di akhirat... kesenangan, penderitaan, kaya, miskin, sakit, sihat semuanya hanya sementara....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog