Tuesday, 13 January 2015

"Saya Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Suami Saya Kahwin,"- Alyah


Semalam Alyah telah mengeluarkan kenyataan mengakui suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Siti Hafilah Che Kar, kali ini Alyah tampil menerusi akaun Instagramnya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.


Aikk? Lain pula ceritanya. Semalam kata lain.. tup-tup hari ni tukar lain pula. Hmmmmm. Alyah juga turut memuatnaik gambarnya bersama Datuk Ramli MS membayangkan yang dirinya kini bahagia di samping komposer terkenal itu.


Alyah juga turut mengakui yang dirinya emosi ketika berkongsi gambar Datuk Ramli MS bersama seorang perempuan lain. Tulis Alyah:-

Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.

Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.

Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar.


Sementara itu Datuk Ramli MS enggan memberikan sebarang komen dan meminta sebarang persoalan diajukan kepada Alyah kerana isterinya itu yang memuatnaik gambar dirinya bersama perempuan lain. Kata Ramli MS mnerusi Harian Metro:-

Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf


Emosi seorang wanita memang tidak boleh dijangka. Namun agak pelik memikirkan daripada mana datang kenyataan Ramli MS sudah berkahwin lain jika bukan dari mulut Alyah? Tak apalah. Doa-doakan sahaja semoga perkahwinan mereka bahagia dan tidak ada lagi masalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog