Monday, 12 January 2015

Isu Gadis-Gadis Bertudung Dipeluk Artis Kpop, KJ Sindir Taste Remaja Kini



Rentetan isu gadis berhijab yang ‘dicabul’ artis dari Korea, B1A4, ramai pihak yang terkesima dengan keghairahan remaja negara ini terhadap penghibur dari sana.

Mana taknya, walaupun litup bertudung, namun mereka seperti merelakan diri dipeluk, dipegang tangan, malah dikucup dahi hanya kerana keterujaan bertemu ‘idola’ masing-masing.

.
B1a42JapaneseAlbum
1505530_1421063377995362_8647224489769070122_n (1)

Isu tersebut diberitakan telah berlaku semalam ketika sesi bertemu peminat kumpulan itu dan ia kemudiannya menjadi viral di laman sosial dan blog serta mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Memberi reaksi di laman Twitter peribadinya, tulis Khairy, “Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark dan handsome, bukan pale, skinny dan pretty. Itu bukan lelaki sejati.”


Sekali baca, nada ayat tersebut mudah ditafsirkan sebagai gurauan, namun sebenarnya ia penuh dengan sindiran tajam buat penggemar artis dari Korea.

Selain itu, gurauan lelaki tall, dark and handsome tu cam merujuk pada diri KJ aje kan…. Sempoi betul YB menteri sorang ni!

Fikir-fikir balik, memanglah ‘taste’ seseorang itu berbeza, tapi janganlah sampai perlu menggadai maruah dan merelakan diri dipegang, dipeluk dan dicium lelaki bukan muhrim sesuka hati. 


sumber:mynewshub.my

2 comments:

  1. MAKSIAT TERANG=TERANGAN -JAKIM

    ReplyDelete
  2. ADAKAH INI MAKSIAT TERANG-TERANGAN - BAGAIMANA JAKIM? ADA JAWAPAN KE ? PERBETULKAN AYAT DIATAS. MAAF.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog